Saturday, January 5, 2013

Mee Ummi

Assalamualaikum semua!
Anda semua macam mana? Sihat? Ummi sihat je. :)

Sejak belakangan ini, Ummi busy sangat dengan perniagaan baru Ummi ni. Nak tahu perniagaan apa? Ummi baru start mulakan perniagaan jual mee. Bukan mee goreng, mee latna atau mee hailam, tetapi MEE MENTAH. Mee yang belum dimasak. :)

Daripada Ummi duduk diam je dekat rumah, baik Ummi ambik peluang buat business ye tak? Ummi rasa berat badan Ummi pun macam dah turun sikit, al-maklum lah, sejak start perniagaan ni, banyak sangat tempahan. Jenuh Ummi nak uli tepung. hehehehe :)

Alhamdulillah....Mee Ummi yang Ummi jual ni banyak mendapat sambutan di kawasan perumahan Ummi. Ummi seronok sangat! Jiran-jiran suka beli mee daripada Ummi. Selalunya mee yang kita beli tu, majoriti semuanya buatan Cina dan selalunya akan ada rasa kapur. Tapi anda semua tak perlu risau, sebab Mee Ummi ni tidak mengadungi bahan-bahan pengawet dan tak akan ada rasa kapur. Yang penting DIJAMIN HALAL.







Kepada sesiapa yang berminat boleh order dari Ummi. 
Call je 017-4225778 atau 04-4593521


Terima Kasih! Jumpa lagi! <3


Sunday, September 11, 2011

Bawang Goreng Wangi & Rangup

Kupas bawang, rendam dalam air garam selama 10 minit. Kemudian bilas sebelum dihiris nipis-nipis. Masukkan tepung gandum (mengikut kuantiti bawang) dan gaul rata. Goreng bawang tersebut atas api sederhana sehingga garing. Selepas itu simpan dalam bekas kedap udara. Insya-Allah bawang goreng akan tahan lebih lama, lebih wangi dan rangup.

Petua Menghilangkan Bau Busuk Kereta

Ada kala makanan yang anda bawa ketika membeli belah atau pulang dari kampung meninggalkan bau tidak enak untuk jangka masa lama dalam kereta. Contohnya, bau durian sukar hilang jika dibawa dalam kereta berhawa dingin. Untuk mengatasinya, ambil beberapa keping roti sandwich dan letakkan dalam bonet kereta untuk beberapa hari. Jika baunya masih belum hilang, ganti dengan roti baru sehingga baunya tiada lagi. Insya-Allah terbukti berkesan.

Tuesday, March 15, 2011

Gigi Putih Berseri

Senyuman yang menawan adalah bermula dari gigi yang putih bersih. Bagi anda yang berhasrat memutihkan gigi, cuba amalkan petua ini. Goreng biji asam jawa tanpa minyak sehingga kehitaman. Kemudian, tumbuk sehingga menjadi serbuk. Gosok pada gigi pada setiap hari sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.