tag:blogger.com,1999:blog-56952596504327786772024-03-13T18:54:35.150+08:00Ani UmmiUmmihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.comBlogger35125tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-726810798668163462013-01-05T16:55:00.002+08:002013-01-05T16:55:35.491+08:00Mee UmmiAssalamualaikum semua!

Anda semua macam mana? Sihat? Ummi sihat je. :)

Sejak belakangan ini, Ummi busy sangat dengan perniagaan baru Ummi ni. Nak tahu perniagaan apa? Ummi baru start mulakan perniagaan jual mee. Bukan mee goreng, mee latna atau mee hailam, tetapi MEE MENTAH. Mee yang belum dimasak. :)

Daripada Ummi duduk diam je dekat rumah, baik Ummi ambik peluang buat business ye tak? Ummi rasa berat badan Ummi pun macam dah turun sikit, al-maklum lah, sejak start perniagaan ni, banyak sangat tempahan. Jenuh Ummi nak uli tepung. hehehehe :)

Alhamdulillah....Mee Ummi yang Ummi jual ni banyak mendapat sambutan di kawasan perumahan Ummi. Ummi seronok sangat! Jiran-jiran suka beli mee daripada Ummi. Selalunya mee yang kita beli tu, majoriti semuanya buatan Cina dan selalunya akan ada rasa kapur. Tapi anda semua tak perlu risau, sebab Mee Ummi ni tidak mengadungi bahan-bahan pengawet dan tak akan ada rasa kapur. Yang penting DIJAMIN HALAL.

Kepada sesiapa yang berminat boleh order dari Ummi.

Call je 017-4225778 atau 04-4593521

Terima Kasih! Jumpa lagi! <3

Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-1325764687370593442011-09-11T20:32:00.000+08:002011-09-11T20:32:27.146+08:00Bawang Goreng Wangi & Rangup
Kupas bawang, rendam dalam air garam selama 10 minit. Kemudian bilas sebelum dihiris nipis-nipis. Masukkan tepung gandum (mengikut kuantiti bawang) dan gaul rata. Goreng bawang tersebut atas api sederhana sehingga garing. Selepas itu simpan dalam bekas kedap udara. Insya-Allah bawang goreng akan tahan lebih lama, lebih wangi dan rangup.
Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-74804581187799499212011-09-11T20:15:00.000+08:002011-09-11T20:15:42.784+08:00Petua Menghilangkan Bau Busuk Kereta
Ada kala makanan yang anda bawa ketika membeli belah atau pulang dari kampung meninggalkan bau tidak enak untuk jangka masa lama dalam kereta. Contohnya, bau durian sukar hilang jika dibawa dalam kereta berhawa dingin. Untuk mengatasinya, ambil beberapa keping roti sandwich dan letakkan dalam bonet kereta untuk beberapa hari. Jika baunya masih belum hilang, ganti dengan roti baru sehingga baunya tiada lagi. Insya-Allah terbukti berkesan.
Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-37793961495815360722011-03-15T11:15:00.000+08:002011-03-15T11:15:58.077+08:00Gigi Putih BerseriSenyuman yang menawan adalah bermula dari gigi yang putih bersih. Bagi anda yang berhasrat memutihkan gigi, cuba amalkan petua ini. Goreng biji asam jawa tanpa minyak sehingga kehitaman. Kemudian, tumbuk sehingga menjadi serbuk. Gosok pada gigi pada setiap hari sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-78424904241179103212011-03-15T11:12:00.000+08:002011-03-15T11:12:30.331+08:00Biji Cili Mudah HancurCili yang telah dikisar pasti kurang menarik jika bijinya masih kelihatan. Untuk mendapatkan cili kisar yang halus tanpa biji, gunakan minyak masak. Caranya, ketika ingin mengisar cili, masukkan sedikit minyak masak. Kemudian, kisar seperti biasa. Insya-Allah, cili kisar anda bukan sahaja kelihatan halus, malah warnanya juga lebih menarik.Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-65101409219235143262011-03-14T22:48:00.000+08:002011-03-14T22:48:20.391+08:00Rendang TokBAHAN-BAHAN:

1 kg daging

100 gram bawang merah - dihiris

80 gram bawang putih- dihiris

80 gram halia - dimayang

1/2 biji isi kelapa - dihiris 5 sm

60 ml pati santan

300 gram kerisik kelapa

5 gram gula melaka

Garam secukup rasa

15 gram serbuk ketumbar - dikisar

15 gram serbuk cili - dikisar

10 gram jintan putih - dikisar

10 gram jintan manis - dikisar

20 gram serbuk kari daging - dikisar

5 gram lada hitam - dikisar

10 biji buah pelaga - dikisar

5 sm kulit kayu manis - dikisar

5 kuntum bunga cengkih - dikisar

CARA MEMBUATNYA:

Gaul rata semua bahan kecuali daging, garam dan gula melaka.

Selepas rata barulah dimasukkan daging. Perap selama dua hingga empat jam.

Masukkan ke dalam periuk dan didihkan perlahan-lahan.

Reneh selama tiga jam. Kacau dengan kerap sehingga daging menjadi empuk, berwarna agak hitam dan kering.

Masukkan gula melaka dan garam. Kacau lagi hingga rata.

Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-49912948838016583992011-03-14T22:36:00.000+08:002011-03-14T22:36:31.285+08:00Garam Hindar Bau MulutMulut berbau memang memalukan. Ia bukan saja mengganggu percakapan malah mendatangkan perasaan rendah diri. Bagi mengatasi masalah mulut berbau ini, ambil satu cawan air panas dan satu sudu teh garam. Kacau sampai sebati. Kumur dan kemudian cuci mulut menggunakan berus gigi. Amalkan selalu, pagi dan malam sebaiknya tiga kali sehari. Insya-Allah, mulut berbau akan beransur hilang.Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-54215605550104979112011-03-05T23:07:00.000+08:002011-03-05T23:07:04.184+08:00Hilangkan Bau Kambing Dalam MasakanDaging kambing memang enak dimakan. Namun, jika tidak kena pada gaya memasaknya, pasti hidangan kambing sedikit berbau. Cuba petua ini. Ambil sebiji limau nipis, perah dan ambil jus dan kulitnya. Perap bersama daging kambing selama beberapa minit. Kemudian, cuci dengan menggunakan tepung gandum sehingga bersih. Masakan kegemaran anda pastinya lebih enak dan tidak lagi berbau.Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-91562454901174346872011-03-05T23:02:00.000+08:002011-03-05T23:02:57.167+08:00Petua Hilangkan JerawatSetiap wanita sudah tentu inginkan kulit muka yang licin, bersih dan cantik. Jika muka kita ditumbuhi jerawat sudah tentu mencacatkan kulit wajah dan kelihatan hodoh. Caranya ialah ambil sebuku kunyit sebesar ibu jari. Cuci hingga bersih kemudian tumbuk sehingga halus. Setelah itu campurkan dengan bedak sejuk yang telah dicairkan. Sapukan ke muka atau belakang yang ditumbuhi jerawat pada malam hari, hasilnya jerawat anda akan mengecut pada esok harinya. Setelah itu cucilah muka anda dengan air suam. Ulang sehingga jerawat anda benar-benar sembuh. Insya-Allah, jerawat akan hilang.Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-13791805091788428182011-03-04T13:37:00.000+08:002011-03-04T13:37:25.986+08:00Tip Ideal Untuk Kek & Biskut

Pilih bahan-bahan yang berkualiti supaya biskut dan kek yang dihasilkan memuaskan hati.

Timbang bahan-bahan mengikut resepi. Jangan mencampurkan bahan-bahan mengikut gerak hati. Bimbang kek dan biskut tidak menjadi.

Untuk bahan-bahan yang disimpan di dalam peti sejuk seperti mentega dan telur, keluarkan terlebih dahulu bahan-bahan itu sebelum digunakan hingga suhunya mencapai suhu bilik.

Gunakan ketuhar ketika suhunya sudah mencapai suhu yang diinginkan.

Untuk mendapatkan kek dan biskut yang baik, gunakan tepung gandum yang bermutu tinggi. Untuk kek gunakan tepung gandum berprotein sederhana manakala untuk biskut gunakan tepung gandum berprotein rendah. Ayak terlebih dahulu tepung sebelum digunakan.

Sapukan loyang pembakar dengan mentega dan tabur dengan tepung jagung bagi memudahkan biskut dan kek dikeluarkan dari loyang.

Biarkan kek dan biskut sehingga dingin kemudian baru keluarkan dari loyangnya agar kek dan biskut tidak hancur. Ketika menghias kek, pastikan kek dan biskut dalam keadaan sejuk.

Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-64923641496844143352011-03-04T13:29:00.000+08:002011-03-04T13:29:01.648+08:00Cara Simpan Cili KisarRebus cili selama 5 minit sebelum dikisar. Kemudian basuh bersih dan kisar. Setelah itu masak cili dengan sedikit minyak dan garam hingga separuh masak. Sejukkan dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan harian. Cili kisar bukan sahaja tahan lama tetapi juga enak rasanya.Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-57385793076324961732011-02-19T19:22:00.000+08:002011-02-19T19:22:45.321+08:00Bawal GolekBAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan bawal dilumur garam dan kunyit - dibakar dan diketepikan

1/2 cawan bawang merah yang telah dikisar

2 sudu besar bawang putih yang telah dikisar

2 inci halia

2 sudu besar halba

2 cawan santan pekat

3 sudu besar cili kisar

1 keping asam keping

CARA MEMBUATNYA :

Masukkan santan dalam kuali bersama dengan bawang merah dan bawang putih yang dikisar. Kacau.

Selepas itu masukkan halba.

Seterusnya masukkan cili kisar dan asam keping. Tambahkan dengan garam dan gula. Kacau selalu untuk mengelakkan kuah hangit.

Setelah kuah pekat dan masak, curahkan ke atas ikan bawal yang dibakar tadi.

Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-78671753644949921992011-02-19T19:14:00.000+08:002011-02-19T19:14:49.422+08:00Udang Segar Dan Tahan LamaUdang memang jarang tahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk. Tapi sebenarnya ada cara yang boleh dipraktikkan untuk memastikan ia segar dan tahan lama. Caranya, bersihkan udang tanpa disiang bersama sedikit tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir. Kemudian masukkan udang ke dalam bekas bersama air dan sedikit gula pasir. Simpan di bahagian beku dalam peti sejuk. Udang akan tahan lebih lama sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan.Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-81017383763228968902011-02-16T22:18:00.000+08:002011-02-16T22:18:31.377+08:00Petua Untuk Kulit Tegang Tapi LembutGoreng beras pulut hitam sehingga setiap biji beras itu pecah dan menjadi putih. Sejukkan beras pulut yang digoreng tadi, kemudian kisar hingga halus. Untuk setiap kali penggunaan, ambil sedikit beras yang dikisar dan campurkan dengan air suam dan sedikit perahan limau nipis. Jadikan seperti skrub dan sapukan ke wajah setiap malam sebelum tidur. Insya-Allah berkesan! Sharing is caring.Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-16154767523060672102011-02-16T22:13:00.000+08:002011-02-16T22:13:42.025+08:00Sedapkan Kuah Mi KariBagi penggemar mi kari, semasa menyediakan kuah kari, ada cara untuk menyedapkan kuahnya. Ambil sedikit ikan bilis yang telah dibersihkan, kisar sehingga hancur. Kemudian, masukkan ke dalam kuah kari selepas garing bahan tumis. Selepas itu barulah dimasukkan santan. Cara ini akan menyedapkan lagi kuah mi kari anda.Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-16124679382655277202011-02-12T21:01:00.000+08:002011-02-12T21:01:55.517+08:00BBQ Chicken WingsBAHAN-BAHAN:

4 ketul kepak ayam (dicuci bersih dan dikeringkan)

2 ulas bawang putih (dicincang halus)

1 sudu kecil serbuk cili

1 sudu kecil sos tomato

1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

1 sudu besar cuka makan atau jus lemon

1 sudu besar madu lebah asli

1 sudu besar minyak zaitun

Secubit serbuk stok ayam

Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:

Campurkan semua bahan di atas bersama kepak ayam. Gaul rata dan perapkan sekurang-kurangnya 1 jam di dalam peti sejuk.

Panggang kepak ayam di atas gril yang panas selama 10 hingga 15 minit, bergantung kepada saiz kepak ayam.

Angkat dan hidangkan bersama sos pilihan anda.

Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-5487833040237037042011-02-12T20:53:00.000+08:002011-02-12T20:53:42.932+08:00Kunyit Hidup Legakan Selesema BayiBayi mudah meragam dan tidak selesa apabila selesema. Salah satu cara untuk mengatasinya, adalah dengan menggunakan kunyit hidup. Tumbukkan sedikit kunyit hidup dan sapukan pada batang hidung bayi. Insya-Allah selesema akan hilang.Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-37065693530807580772011-02-11T12:58:00.000+08:002011-02-11T12:58:36.735+08:00Elak Rambut Gugur

Elak daripada menyikat atau mengikat rambut terlalu kuat kerana folikel rambut akan mudah rapuh dan tertanggal.

Bagi anda yang bertudung, pastikan anda menyikat rambut terlebih dahulu sebelum mengenakan tudung.

Pilih sikat yang bergigi jarang bagi mengelakkan rambut kusut mudah tersangkut dan akhirnya putus.

Sesekali ubah gaya menyikat dan sisiran rambut anda untuk mencegah rambut daripada gugur.

Jika mengeringkan rambut dengan pengering, pastikan suhunya rendah dan jaraknya antara 10 hingga 15 sentimeter. Ini untuk menjaga permukaan kulit daripada berwap dan batang rambut mudah putus.

Gunakan bahan semula jadi seperti santan, aloe vera, minyak zaitun, minyak kelapa atau perahan limau purut secara berkala untuk mencuci rambut anda.

Kurangkan mengambil terlalu banyak vitamin A atau E yang dapat menyumbang kepada keguguran rambut, sebaliknya tingkatkan pemakanan yang berasaskan protein.

Rambut yang basah akan senang putus, oleh itu biarkan rambut mengering secara semula jadi sebelum anda menyisirnya dengan berus atau sikat.

Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-27507022343644578882011-02-11T12:47:00.000+08:002011-02-11T12:47:19.658+08:00Petua Luruskan Rambut KerintingRambut kerinting mudah kusut dan kurang menarik. Untuk cuba meluruskan rambut cubalah petua ini. Parut sebiji kelapa tua, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. Campurkan santan dengan perahan air limau nipis dan kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan ke rambut dengan cermat kemudian cuci bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya.Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-36923521967835296442011-02-11T12:36:00.000+08:002011-02-11T12:36:30.291+08:00Menanggalkan Ulat Pada SayurKadang-kadang kita mengambil masa yang lama untuk membersihkan sayur kerana takut masih ada telur-telur atau ulat-ulat yang masih melekat. Sekurang-kurangnya, tiga kali basuhan sehinggalah kita yakin ia bersih. Disebabkan itu, kita telah menggunakan air yang banyak. Cara yang mudah untuk menanggalkan kotoran dan ulat pada sayur ialah dengan membasuhkan sayur itu dengan air sepintas lalu. Kemudian anda rendamkan sayur tadi ke dalam besen dan masukkan sedikit garam dan cuka. Biarkan seketika dan anda akan dapati kotoran keluar termasuklah ulat-ulat dan telur-telurnya sekali. Sharing is caring.Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-27389905255139189592011-02-09T23:43:00.000+08:002011-02-09T23:43:42.097+08:00Petua Bersihkan Daging ArnabDaging arnab memang enak dimakan. Tapi masalahnya, bau daging arnab agak hamis dan pasti ini akan mengurangkan selera makan anda. Untuk mengelakkan bau hamis daging arnab, perap daging arnab yang telah dibersihkan dan dipotong bersama daun serai, daun limau purut dan daun pandan yang telah ditumbuk. Kemudian, bersihkan kembali daging tersebut dengan air yang dicampurkan tepung gandum dan asam limau. Insya-Allah, daging tidak akan berbau hamis lagi.Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-38166931837440991232011-02-09T23:38:00.000+08:002011-02-09T23:38:13.430+08:00Belimbing Lembutkan TanganAmbil 2 biji buah belimbing yang telah gugur atau masak ranum. Gosokkan dan ramas buah tadi perlahan-lahan dengan kedua belah tangan sehingga habis dan biarkan ia kering seketika. Setelah itu, bolehlah dicuci sehingga bersih. Amalkan selalu pasti tangan anda tidak lagi kasar.Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-70551606175421414992011-02-07T23:32:00.000+08:002011-02-07T23:32:13.118+08:00Ulam Kekal RangupRendam ulam selama beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biarkan seketika barulah diangkat. Ulam tetap segar dan rangup biarpun telah lama dibeli.Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-46616574161253277292011-02-07T23:29:00.000+08:002011-02-07T23:29:23.423+08:00Petua Kurangkan Perut BuncitAmbil satu atau dua keping asam keping. Masukkan ke dalam segelas air panas. Biarkan selama beberapa jam sehingga asam keping itu kembang dan air menjadi suam. Selepas itu bolehlah diminum setiap pagi dan malam. Amalkan selalu minum air asam keping ini, masalah perut buncit akan berkurangan.Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5695259650432778677.post-67746802498573996532011-02-05T19:08:00.000+08:002011-02-05T19:08:38.411+08:00Simpan Ikan Tanpa Peti SejukKalau tiada peti sejuk atau kemungkinan bekalan elektrik terputus, ada cara untuk mengelakkan ikan menjadi busuk sekurang-kurangnya untuk tempoh sehari. Caranya dengan menggaulkan ikan itu dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Pada keesokan harinya, basuhlah ikan itu dan masak seperti biasa.Ummihttp://www.blogger.com/profile/02338479356939898718noreply@blogger.com0